Dialogue dan Monologue

Setiap orang mempunyai cerita, kisah, pengalaman dan pandangan untuk
dikongsi. Blog ini adalah dialog dan monolog kami suami-isteri mengenai
kehidupan, keluarga, isu semasa, kerjaya dan apa saja yang signifikan dalam
hidup kami berdua.

Sunday, 7 August 2011

Al-Fatihah buat Shidah (Adnan)

Ramadhan tahun ini amat berlainan dari Ramadhan2 sebelum ini. Ramadhan masuk hari ke-8. Buka puasa di rumah cuma 2 kali, di surau bapa mertua 2 kali, dalam kereta atas highway 3 kali, di kedai makan di kuala nerang 1 kali. Hari ini berbuka puasa tanpa isteri. Lia masih di Lenggeng, Negeri Sembilan, mengurus hal ehwal kematian adik beliau Dr.Norrashidah yang telah kembali ke rahmatullah pada Sabtu, 6 Ogos 2011, bersama 6 Ramadhan 1432.

Pada 11 Julai, Shidah dimasukkan ke Hospital Serdang untuk rawatan hernia. Namun selepas pemeriksaan lanjut pembedahan hernia yang dijadualkan pada 13 Julai terpaksa dibatalkan kerana para pakar dapati bahawa ianya bukan masalah hernia tetapi CANCER. Beliau segera dipindahkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk mendapat rawatan dari pakar2 onkologi di sana. Beliau menjalani pembedahan pertama pada 15 Julai dan doktor mengesahkan bahawa Shidah menghidap Adenocarcinoma of the Ovary (kanser ovari) yang telah merebak kepada colon dan rectum.

Shidah yang kami sekeluarga kenali adalah seorang insan yang amat penyayang dan pemurah. Aku boleh katakan dia adalah ibu saudara yang paling disukai dan disayangi oleh anak-anak buah beliau. Mereka sering melihat MakCidah, nama panggilan anak-anak buah kepada beliau, sebagai role model seorang ibu yang penyayang dan seorang doktor yang amat komited. Anak kedua ku Atina, memang banyak terpengaruh dengan MakCidah dia. Atina menanam impian nak jadi pakar pediatrik macam MakCidah. Aku masih ingat `janji' MakCidah bahawa dia akan `groom' Atina untuk menjadi seorang doktor yang berjaya seperti beliau.


Pemergian Dr. Norrashidah bukan hanya kehilangan kepada keluarga tetapi sebenarnya kepada negara. Malaysia hanya mempunyai dua orang Pakar Pulmonori Pediatrik (paediatrician and paediatric pulmonologist).

Shidah, we're gonna miss you... yang pasti aku tidak akan dapat lagi dengar kata-kata beliau dengan dialek Minangkabau setiap kali aku membuat silly joke di hadapan beliau...."Abang Nan.....ghusakkk!"

Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Semoga roh Allahyarhamah di cucuri rahmat dan di tempatkan bersama-sama oleh yang beramal soleh dan bertakwa. Amin.

3 comments: