Tahun ini genaplah 24 tahun perkahwinan kami. Terdapat sedikit perbezaan kali ini. Tiada hadiah atau kad yang saya berikan. Nak kata saya terlupa atau lalai… tak juga. Tahun-tahun sebelumnya, saya akan berbelanja, mencari hadiah ulangtahun perkahwinan yang sesuai untuk suami. Pilihan biasanya dari pakaian, alat tulis, kad istimewa dan barangan penjagaan diri seperti shaver, cologne dan lain barang yang biasa. Pernah juga saya mahu belikannya kasut, assessori. Ini tak boleh nak create surprise kerana dia perlu memilih sendiri dan mencuba saiz yang sesuai. Although basically know his size but Adnan is a bit fussy about choosing personal item such shoes or electronic gadgets so he has to come along. Sometimes (most of the time he ended paying for it)…. But I still claim that it is a present from me and the kids.
Kelainan
Apa kelainannya tahun ini…. ? Saya hanya mahu bermanja dan memanjakan serta bermalasan (seperti dalam lagu Bruno Mars, lihat video) di rumah bersama suami dan anak-anak.
Rasa sangat bahagia begitu…. Kita mengingat kembali zaman di UKM dulu semasa berpacaran… memainkan lagu-lagu di kala itu yang sering kami lagukan. Lagu-lagu Broery Marantika, Alleycat, khususnya yang sering membuai perasaan. Lagu-lagu ini sukar dikongsi dengan anak-anak kerana bukan dari zaman mereka. (Broery ..Who?)
Walau bagaimanapun anniversary kali ini jatuh pada hari bekerja dan ianya berlalu begitu sahaja tapi hari itu masih di rasakan istimewa sepanjang minggu. Walaupun dekat tapi rindu…Walaupun kami bukanlah pasangan yang sangat romantis, tapi kami dapat merasakan kasih sayang dan kebahagiaan itu milik kami sehingga kini.
Tidak dapat dinafikan setelah 24 tahun, mengharungi susah senang bersama sudah tentu ada masanya kami terguris dan mengguris, berkecil hati dan memendam rasa. Namun dapat diatasi dan meningkatkan persefahaman, kasih sayang dan hormat menghormati. Saya banyak belajar dari hubungan ini untuk menyemai kebahagiaan.
Anak-anak juga tidak lupa pada anniversary kami. Saya dapat hadiah sebuah "piala" – the greatest mom on earth dan ayah mereka menerima "sijil" the greatest dad on earth. It was so sweet. I hope they meant it.
Tips Perkahwinan
Apa yang dapat saya kongsi dari perkahwinan selama 24 tahun ini?
Tak ada tips sebenarnya… Cuma beberapa pendekatan yang mungkin juga sudah cliché …
- Bertanggungjawab
- Saling memahami
- Saling mempercayai
- Sentiasa mempamirkan kasih sayang
- Berkomunikasi dan berinteraksi (easier said than done - ni susah sikit, kerana ada ego masing-masing)
- Bersabar (sabo je lah)
- Mengetahui peranan masing-masing
- Merendah diri - memaafkan dan mengakui kesalahan (ni susah sikit pada sesetengah pasangan)
- Jauhilah prasangka buruk (ini perlukan anjakan pradigma)
- Saling membantu dengan kerja rumah (pada yang tiada pembantu rumah)
- Agree to disagree
The list can go on and on…. depending on the couple.
Dalam hidup ini, kita perlu ingat "jika orang lain boleh terima ketidaksempurnaan kita, apa salahnya kita bukakan hati untuk menerima ketidaksempurnaan orang lain." Yang penting orang itu ingin cuba berubah untuk kita sebab dia sayangkan kita. Kasih sayang merupakan satu-satunya perasan paling sempurna yang ALLAH anugerahkan kepada setiap manusia. Sebenarnya ini hanya mudah di ungkapkan tapi dari segi praktisnya amat susah sekali.
Ketidaksempurnaan
Bercakap mengenai ketidaksempurnaan diri dan juga pasangan ini membawa kepada ungkapan terimalah dirinya seadanya, kerana ini akan mengurangkan kejutan atau kesan ekspektasi yang tidak dipenuhi pasangan. Namun saya percaya ketidaksempurnaan ini tidak kekal… ianya boleh dibaiki dari masa kemasa sekiranya kita mahu belajar dari kesilapan dan membaiki ketidaksempurnaan diri dan membantu pasangan mengakui ketidaksempurnaannya dan berusaha ke arah penambahbaikan.
Sebagai contoh… suami yang sangat tinggi egonya…. Dia sukar untuk memohon maaf pada anda atas kesalahan atau kesilapan yang dilakukannya yang sangat nyata. (Ini ketidaksempurnaannya). Kita perlu terima ini seadanya. Walau bagaimanapun baca tingkahlakunya…mungkin dia menyatakan mohon maafnya tidak dengan perkataan tapi bahasa badan, renungan mata atau gurau sendanya. Cukup dengan itu … tak perlu merajuk berpanjangan. Jika dilihat disebaliknya… apasalahnya memujuk isteri/ suami yang merajuk atas kesilapan yang dilakukan…. Percayalah isteri/suami yang dipujuk dengan cara yang betul, cepat cair rajuknya. Ini akan menambah kemanisan rumahtangga itu dan dapat dicontohi oleh anak-anak.
Dalam hidup berumahtangga menghormati pasangan, menegur dengan berhemah dan berkomunikasi adalah amalan yang boleh menjamin kerukunan. Kita juga boleh berkongsi dengan kawan-kawan atau keluarga tentang masalah yang dihadapi dalam rumahtangga tetapi sentiasa menjaga maruah diri dan pasangan.
Kesimpulannya, perkahwinan adalah pembelajaran sepanjang hayat …. Doa saya agar kami berkekalan ke hujung nyawa dan di akhirat juga InsyaAllah.
sweetnye..mak pucu ibu kte mak pucu jiwang..
ReplyDelete